Pengenalan
Pusat Pengumpulan Hasil Tani, Telaga Papan, Setiu, Terengganu telah dirasmikan oleh YB. Dr. Azman Bin Ibrahim merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi Dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu pada 5 Julai 2020. Pasar berkenaan diurus sepenuhnya oleh syarikat Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC) dengan kerjasama pelbagai pihak.

Pusat Pengumpulan Hasil Tani TADC ini dijadikan sebagai tempat menjual hasil ternakan, pertanian dan turut membekalkan jentera untuk aktiviti pertanian.
Kewujudan Pusat Pengumpulan Hasil Tani ini dapat memberikan kemudahan kepada penduduk setempat mendapatkan keperluan harian dan seterusnya meningkatkan ekonomi penduduk sekitar melalui penglibatan secara langsung mereka dalam aktiviti jualan di pasar berkenaan.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan termasuklah ruang niaga yang luas, kemudahan bilik sejuk, peralatan pembungkusan dan penggredan, bilik latihan, ruang pejabat dan pelbagai kemudahan awam seperti surau dan tandas.
Tujuan
- Menyumbang kepada dasar kerajaan Negeri untuk mewujudkan lebih ramai penyertaan kaum bumiputera dalam aktiviti pemasaran hasil pertania
- Memberi latihan kepada petani menceburi bidang pemborongan di premis kekal
- Kerja-kerja penggredan, pembungkusan dan amalan pemasaran dapat disempurnakan melalui kemudahan peralatan yang disediakan di premis kekal/tetap
- Menaik taraf fungsi tempat pengumpulan hasi tani kepada pasar pemborong
Alamat Premis:
Pusat Pengagihan Hasil Tani (D.C),
PT 12016 Kg. Telaga Papan,
21500 Setiu, Terengganu
Keluasan Kawasan:
5.467 hektar


