- Terengganu Agrotech Development Corp Sdn Bhd (TADC) adalah subsidiari milik penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) yang ditubuhkan sebagai Syarikat Sendirian Berhad di Malaysia pada 31 Mei 1972.
- Ditubuhkan sebagai Syarikat Sendirian Berhad di Malaysia pada 31 Mei 1972.
- Pada asalnya dikenali sebagai Trengganu Garam Sdn. Bhd. Kegiatan utama adalah menjalankan perniagaan dalam bidang pengeluaran garam dan telah menamatkan operasinya sejak September 1976.
- Syarikat Trengganu Garam telah ditukarkan namanya kepada Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. pada bulan Februari 2006.
- Memainkan peranan penting sebagai kumpulan pelaksana dalam meneraju pembangunan semula industri agromakanan yang merangkumi sektor pertanian, penternakan dan perikanan Negara secara amnya.
- TADC berhasrat untuk menjadi sebuah syarikat 'Trading House' berasaskan pertanian yang berteraskan nilai budaya tempatan dengan keupayaan bertaraf dunia dan misi pula adalah untuk membantu menyumbang kepada peningkatan pendapatan dan taraf hidup golongan sasar petani, penternakan dan nelayan dengan menitikberatkan pengagihan keuntungan secara saksama.
Video Korporat TADC Follow Facebook Page TADC