Rancangan Pemulihan Tanah Terbiar RTB (Rancangan Tanah Berkelompok)

Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

PENGENALAN

  • Kerajaan Negeri Terengganu menubuhkan Jawatankuasa Task Force Pemulihan Tanah Terbiar Negeri Terengganu bagi mengenalpasti tanah terbiar dan pemilikan individu/syarikat di setiap daerah yang melebihi 0.4 hektar dalam satu kawasan.
  • Jawantankuasa tersebut juga bertanggungjawab untuk mengenalpasti punca dan faktor yang menyumbang kepada tanah-tanah tersebut terbiar dan tidak diusahakan.

APA ITU TANAH TERBIAR?

  • Tanah darat atau tanah sawah.
  • Berkeluasan minima 0.4 hektar ke atas sama ada bersambungan atau bertaburan.
  • Tanah milik yang tidak diusahakan selama tiga (3) tahun berturut-turut.

Tanah terbiar merangkumi 3 jenis:

  1. Tanah sawah
  2. Tanah bris
  3. Tanah darat

RANCANGAN PEMULIHAN TANAH TERBIAR RTB (RANCANGAN TANAH BERKELOMPOK)

A. RTB KG RAHMAT TAMBAHAN

  • Terletak di Kg. Rahmat Tambahan, Setiu.
  • Berkeluasan 246 hektar.
  • Terbahagi kepada 340 lot tanah.
  • Setiap lot berkeluasan 0.72 ekar.
  • Tanaman: Durian Musang King

Kelebihan Durian Musang King:

  • Ia berbentuk bujur, isi yang tebal kekuningan, mempunyai rasa manis berlemak, serta biji yang kecil.
  • Sesuai ditanam di tanah gembur berpasir dengan sistem saliran yang baik.
  • Mampu mengeluarkan 50 biji buah bagi sepokok serta mampu mencecah harga sehingga RM35/kg.

Gambar: Projek Penanaman Durian Musang King di Kg Rahmat Tambahan

B. RTB PENGKALAN AMAN

  • Terletak di Kg. Pengkalan Aman, Setiu.
  • Berkeluasan 261 hektar.
  • Terbahagi kepada 2 fasa iaitu 1A : 24 Lot, 1B : 43 Lot
  • Terbahagi kepada 461 lot tanah.
  • Setiap lot berkeluasan 1.5 ekar.
  • Tanaman: Harum Manis Terengganu

Kelebihan Harum Manis Terengganu:

  • Mempunyai kadar kemanisan yang tinggi.
  • Ia kaya dengan vitamin A yang baik untuk kesihatan mata, tubuh badan serta anti-penuaan.
  • Sesuai ditanam di tanah bris.

Hubungi Kami

TERENGGANU AGROTECH
DEVELOPMENT CORP SDN. BHD.
Tingkat 9, Menara PMINT, Jalan Sultan Ismail, 20200, Kuala Terengganu
Tel: 09-6221280 / 09-6225187
Fax: 09-6313395
E-mail: admin@tadc.my

Lawati Kami Di Sosial Media

Jumlah Pelawat

243423
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
27
219
398
241957
4315
4895
243423

Search