Ladang Rumput Napier & Kompos

Ladang Rumput Napier & Kompos

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
 PENGENALAN
 
Projek Ladang Rumput Napier & Kompos bertempat di Kg. Setia Jaya, Merang, Setiu, Terengganu merupakan salah satu projek LAKSANA yang berimpak tinggi di bawah program Inisiatif Dana Jaminan Keselamatan Makanan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).
 
Projek ini telah dirasmikan pada 13 Jun 2022 oleh YB Dr Azman bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu. Turut hadir di majlis ini En. Ridzwan Bin Abd Rahman (Timbalan Pengarah UPEN), En. Rizal Bin Mamat (Yang Dipertua Daerah Setiu), Tuan Hj Wan Adnan Bin Wan Derahman (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT), Cik Farah Salma Binti Abdul Rahim (Ketua Penolong Pengarah Unit Pelaksanaan & Koordinasi, MOF). Pada majlis ini juga, satu perjanjian telah dibuat di antara TADC dengan wakil usahawan ladang rumput napier dan tanaman kontan.
 
Projek ini akan dibangunkan secara berfasa di atas tanah berkeluasan 420 ekar dan seramai 35 orang usahawan telah dipilih melalui Pejabat Daerah Setiu. Projek ini merupakan salah satu projek yang disenaraikan di bawah daerah Setiu sebagai Gedung Pengeluaran Makanan Negeri Terengganu (GPMT) dan dijangka boleh meningkatkan pendapatan rakyat RM3,000.00 per bulan.
 
TADC telah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri Terengganu sebagai pembekal utama kompos yang berasaskan daripada rumput Napier kepada syarikat McCormick Global Ingredients Sdn Bhd bagi proses pemulihan tanah projek penanaman lada hitam.
 
 
  
 
   
 
 
 
 
 

Hubungi Kami

TERENGGANU AGROTECH
DEVELOPMENT CORP SDN. BHD.
Tingkat 9, Menara PMINT, Jalan Sultan Ismail, 20200, Kuala Terengganu
Tel: 09-6221280 / 09-6225187
Fax: 09-6313395
E-mail: admin@tadc.my

Lawati Kami Di Sosial Media

Jumlah Pelawat

243473
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
77
219
448
241957
4365
4895
243473

Search