Majlis Penyampaian Amanat & Himpunan Tahunan Wargakerja TADC 2023

Majlis Penyampaian Amanat & Himpunan Tahunan Wargakerja TADC 2023

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

25 Januari 2023 | RABU

Dewan Besar Tingkat 3, Menara PMINT, Jalan Sultan Ismail, 20200, Kuala Terengganu, Terengganu

"π‘Ήπ’‚π’Šπ’Œπ’‚π’ 𝒑𝒆𝒓𝒃𝒆𝒛𝒂𝒂𝒏 π’„π’‚π’“π’Š π’•π’Šπ’•π’Šπ’Œ π’‘π’†π’“π’”π’‚π’Žπ’‚π’‚π’ π’ƒπ’†π’“π’”π’‚π’Žπ’‚, π’Šπ’•π’–π’π’‚π’‰ π’•π’π’π’ˆπ’ˆπ’‚π’Œ π’Œπ’†π’‹π’‚π’šπ’‚π’‚π’ 𝒔𝒆𝒃𝒖𝒂𝒉 π’π’“π’ˆπ’‚π’π’Šπ’”π’‚π’”π’Š"
Β 
Alhamdulillah bertarikh keramat 25 Januari 2023 telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Amanat & Himpunan Tahunan bersama semua Warga Kakitangan TADC serta Pengurusan Tertinggi PMINT & Ahli Lembaga Pengarah TADC bertempat di Dewan Besar Tingkat 3, Menara Pmint, Terengganu.
Β 
Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan amanat dan halatuju syarikat kepada semua warga TADC.
Β 
Selain itu, ribuan terima kasih kepada jemputan khas, YB Dr Azman Bin Ibrahim selaku Exco Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar yang sudi hadir bersama-sama menjayakan majlis ini.
Β 
Β 
Agenda majlis juga disempurnakan dengan Penyerahan Watikah Pelantikan Tetap kepada 10 kakitangan serta Penyerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Tokoh Pekerja Tahunan.
Β 
Β 
Beberapa perkara yang ditekankan dalam ucapan Pengurus Besar TADC, Encik Azhar @ Wahab bin Jusoh kepada kakitangan TADC antaranya:
1. Aktiviti dan fokus utama TADC
2. Halatuju dan perancangan TADC
3. Pematuhan arahan dan tatacara kerja
Β 
Β 
Terima kasih kepada semua warga TADC yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan program tersebut. Tahniah juga diucapkan kepada warga kakitangan TADC yang mendapat anugerah pada hari tersebut. Moga terus berjaya dan bersemangat pada tahun 2023 sehingga membawa lebih kejayaan dan manfaat bersama.
Β 

Β 

Β 

Kredit foto: Unit Penerangan Darul Iman (UPDI)

Β 

Hubungi Kami

TERENGGANU AGROTECH
DEVELOPMENT CORPΒ SDN. BHD.
Tingkat 9, Menara PMINT, Jalan Sultan Ismail, 20200, Kuala Terengganu
Tel:Β 09-6221280 / 09-6225187
Fax:Β 09-6313395
E-mail: admin@tadc.my

Lawati Kami Di Sosial Media

Jumlah Pelawat

243530
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
134
219
505
241957
4422
4895
243530

Search