i
1. Pengenalan
Pasar Borong dan Runcit Daerah Setiu telah dirasmikan oleh YB. Dr. Azman Bin Ibrahim merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa pada 5 Julai 2020. Pasar berkenaan diurus sepenuhnya oleh syarikat Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC) dengan kerjasama pelbagai pihak.
Kewujudan Pasar Borong Daerah Setiu ini dapat memberikan kemudahan kepada penduduk setempat mendapatkan keperluan harian dan seterusnya meningkatkan ekonomi penduduk sekitar melalui penglibatan secara langsung mereka dalam aktiviti jualan di pasar berkenaan.
merangkumi penyediaan infrastruktur pemasaran yang lengkap di bangunan kekal yang dirancang khas untuk memudahkan perniagaan borong.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan termasuklah ruang niaga yang luas, kemudahan bilik sejuk, peralatan pembungkusan dan penggredan, bilik latihan, ruang pejabat dan pelbagai kemudahan awam seperti telefon, surau dan tandas.
Tujuan
- Menyumbang kepada dasar kerajaan Negeri untuk mewujudkan lebih ramai penyertaan kaum bumiputera dalam aktiviti pemasaran hasil pertania
- Memberi latihan kepada petani menceburi bidang pemborongan di premis kekal
- Kerja-kerja penggredan, pembungkusan dan amalan pemasaran dapat disempurnakan melalui kemudahan peralatan yang disediakan di premis kekal/tetap
- Menaik taraf fungsi tempat pengumpulan hasi tani kepada pasar pemborong

