Festival riuh yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 17 hingga 19 Oktober 2024 telah mencatat kehadiran pengunjung seramai 30,000 orang. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seramai 3 hari tersebut antaranya pertandingan mewarna, busana, memasak, himpunan motor vespa, idola kecil, jualan rahmah dan bersama lagi.
Majlis penutup festival yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Dato' Haji Wan Adnan bin Wan Derahman disaksikan ratusan penonton yang menantikan siapakah penerima hadiah cabutan bertuah Grand Prize RM10,000.
Majlis tersebut tersebut turut dihadiri bersama iaitu YB Mohd Husaimi Hussin, ADUN Hulu Besut yang juga Pengerusi TTI Management Sdn Bhd. Selain itu juga, turut hadir, Pengurusan Tertinggi PMINT, wakil-wakil Jabatan Kerajaan Negeri & Persekutuan, Pengurusan Kumpulan Anak Syarikat dan Penaja-Penaja.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Festival Riuh Kumpulan PMINT 2024.
Foto Majlis Penutup





















