Selasa | 27 September 2022
Majlis Perasmian Ladang Induk Pengganda Kambing Tenusu di Gedung Pengeluaran Makanan Negeri Terengganu, dirasmikan oleh YB. Dr. Azman bin Ibrahim.
Kerajaan Negeri Terengganu kini dalam fasa pelaksanaan Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 sebagai anjakan transformasi pertanian Negeri bagi merealisasikan hasrat meniadi salah satu pengeluar makanan utama dan seterusnya menyumbang kepada usaha Kerajaan Persekutuan dalam memastikan jaminan keselamatan makanan Negara.
Dana peruntukkan yang diamanahkan oleh LAKSANA, Kementerian Kewangan Malaysia melalui TADC untuk membangunkan Projek Ladang Induk Pengganda Kambing Tenusu di tanah seluas 50 ekar milik Jabatan Veterinar Negeri Terengganu.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Seramai enam (6) orang usahawan yang dipilih oleh Pejabat Daerah Setiu sebagai perintis pembangunan usahawan kambing tenusu. Secara tidak langsung projek ini juga mampu membantu golongan setempat untuk tingkatkan ekonomi dan mampu menarik minat ramai golongan muda untuk menceburi bidang penternakan.
![]() |
![]() |







