Berita

Majlis Perasmian Ladang Ragut Napier & Kompos

Majlis Perasmian Ladang Ragut Napier & Kompos

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
Isnin | 13 Jun 2022
Kg. Setia Jaya, Merang, Setiu.
 
Majlis Perasmian Ladang Rumput Napier & Kompos oleh YB Dr Azman Bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu telah diadakan di Kg. Setia Jaya, Merang, Setiu, Terengganu.
 
Projek ini akan dibangunkan secara berfasa di atas tanah berkeluasa 420 ekar dan seramai 35 orang usahawan telah dipilih melalui Pejabat Daerah Setiu. Projek ini merupakan salah satu projek yang disenaraikan di bawah daerah Setiu sebagai Gedung Pengeluaran Makanan Negeri Terengganu (GPMT) dan dijangka boleh meningkatkan pendapatan rakyat RM3,000.00 per bulan.
 
Turut hadir di majlis ini En. Ridzwan Bin Abd Rahman (Timbalan Pengarah UPEN), En. Rizal Bin Mamat (Yang Dipertua Daerah Setiu), Tuan Hj Wan Adnan Bin Wan Derahman (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT), Cik Farah Salma Bt Abdul Rahim(Ketua Penolong Pengarah Unit Pelaksanaan & Koordinasi, MOF).
 
Pada majlis ini juga, satu perjanjian telah dibuat di antara TADC dengan wakil usahawan ladang rumput napier dan tanaman kontan. 
 
Terima kasih kepada semua Agensi/ Jabatan yang terlibat dan penduduk Kg. Setia Jaya kerana berkerjasama untuk menjayakan majlis ini.
 

Hubungi Kami

TERENGGANU AGROTECH
DEVELOPMENT CORP SDN. BHD.
Tingkat 9, Menara PMINT, Jalan Sultan Ismail, 20200, Kuala Terengganu
Tel: 09-6221280 / 09-6225187
Fax: 09-6313395
E-mail: admin@tadc.my

Lawati Kami Di Sosial Media

Jumlah Pelawat

243528
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
132
219
503
241957
4420
4895
243528

Search