KARNIVAL TAHUN PERTANIAN NEGERI TERENGGANU 2021 (KTPNT2021)
27 - 29 JANUARI 2022 | DATARAN PEKAN JABI, BESUT, TERENGGANU
Sempena Penutup Tahun Pertanian Negeri Terengganu 2021, KARNIVAL TAHUN PERTANIAN NEGERI TERENGGANU 2021 (KTPNT2021) telah diadakan di Dataran Pekan Jabi, Besut, Terengganu pada 27hb hingga 29hb Januari 2022.
TADC turut menyertai karnival ini dengan membuka 1 booth pameran dan 1 booth jualan.
![]() |
![]() |
Pengunjung-pengunjung yang hadir ke booth TADC boleh mendapatkan produk-produk TADC seperti:
- Beras Ganu
- Melon Manis Terengganu (MMT)
- Kacang Edamame (Kacang Bulu / Jepun)
- Ubi Vitato
Manakala di booth pameran TADC juga terdapat pelbagai tarikan menarik seperti
- Akuarium pelbagai jenis ikan marin seperti kerapu hybrid, siakap dan talapia
- Pameran produk-produk TADC seperti Beras Ganu MyGap, Melon Manis Terengganu, anak pokok buah-buahan dan silaj napier
- Peraduan Teka Mata Nenas



