25 JANUARI 2022 | KG. TELAGA PAPAN, SETIU
Telah berlangsung Majlis Perasmian Mesin Pembungkusan Beras Ganu di Pusat Pengumpulan Hasil Tani, Kg Telaga papan, Setiu, Terengganu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dr Azman bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu.
Projek Gudang Beras ini memberi fokus kepada penghasilan beras siap super tempatan yang mempunyai kelulusan myGAP berkuantiti 5 kg & 10 kg. Projek ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada penghasilan beras super tempatan yang berkualiti tinggi serta berpatutan untuk masa akan datang.

![]() |
![]() |
![]() |




