Berita

Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Penanaman Lada Hitam

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

12 JANUARI 2022 | WISMA DARUL IMAN, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

Telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Penanaman Lada Hitam antara Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT), Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn. Bhd (TADC) dengan McCormick Ingredients Malaysia Sdn. Bhd di Wisma Darul Iman.
 
Perjanjian yang dimeterai ini adalah bagi projek penanaman lada hitam secara komersial seluas 600 ha di daerah Setiu. Kerajaan Negeri juga akan memperuntukkan 100 ha lagi tanah untuk penglibatan komuniti setempat dalam bidang penanaman komoditi ini. Melalui projek ini juga Kerajaan Negeri menyasarkan lebih 2000 peluang pekerjaan boleh diwujudkan dari kakitangan peringkat pengurusan, staf teknikal sehingga pekerja ladang.
 
Di dalam projek ini, TADC merupakan pembekal tunggal penanaman rumput napier untuk dijadikan baja kompos yang merangkumi skop, penanaman, penjagaan dan pemprosesan. Selain itu, TADC akan bertanggungjawab dalam menyediakan kawasan penanaman, termasuk dalam penyediaan tanah dan tanaman. TADC juga akan bertanggungjawab dalam menyediakan tenaga kerja, penyelian dan kebajikan pekerja. Penanaman pertama dijangka akan bermula pada September 2022.
 

Hubungi Kami

TERENGGANU AGROTECH
DEVELOPMENT CORP SDN. BHD.
Tingkat 9, Menara PMINT, Jalan Sultan Ismail, 20200, Kuala Terengganu
Tel: 09-6221280 / 09-6225187
Fax: 09-6313395
E-mail: admin@tadc.my

Lawati Kami Di Sosial Media

Jumlah Pelawat

243485
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
89
219
460
241957
4377
4895
243485

Search