
AHAD | 5 DISEMBER 2021 | KG. PAK KANCIL, SETIU
Majlis Perasmian Projek Penanaman Nanas MD2 di Gedung Pengeluaran Makanan Terengganu telah diadakan di Kampung Pak Kancil, Setiu, Terengganu sempena Tahun Pertanian Negeri Terengganu 2021.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu dan turut dihadiri oleh YB Azman bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiusaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Deraman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Tuan Haji Rosli bin Latif, Pegawai Daerah Setiu, Encik Azhar@Wahab bin Jusoh, Pengurus Besar TADC serta Ketua-ketua Jabatan.
Projek Penanaman Nanas MD2 ini adalah di bawah Program Gedung Pengeluaran Makanan Terengganu dengan keluasan sebanyak 164 ekar. Projek ini merupakan usahasama di antara TADC, Pejabat Daerah Setiu dan Syarikat Pelabur Ras Tanura Sdn Bhd. Projek ini bakal memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat serta dapat menaiktaraf ekonomi penduduk sekitar Setiu.

