19 APRIL 2021 (ISNIN)

Telah berlangsung Majlis Pelancaran Teknologi Digital Automation bagi Penanaman Melon Manis Terengganu (MMT) bertempat di Ladang Rimbunan Kaseh, Rantau Abang, Dungun, Terengganu. Majlis pelancaran ini merupakan salah satu program di bawah Tahun Pertanian Negeri Terengganu 2021.
Pelancaran ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Azman bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi, dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu.
Majlis ini turut dihadiri oleh Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman, Timbalan Pengarah (Makro) UPEN, Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Eksekutif Kumpulan PMINT, YB Alias bin Harun, ADUN Rantau Abang, Encik Fairul Hisyam bin Mat, Penolong Pegawai Daerah Dungun, Encik Azhar@Wahab bin Jusoh, Pengurus Besar TADC, Ahli-ahli Lembaga Pengarah TADC, serta Ketua-ketua Jabatan Agensi Kerajaan / Swasta.
Sekalung penghargaan kepada warga kerja Terengganu Agrotech Development Corp Sdn Bhd (TADC) , MCT Agriculture Sdn. Bhd. dan semua pihak yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan pelancaran pada hari ini.

